MySJ Trace diperkenalkan, tidak perlu ‘check out’

 

 

Orang ramai tidak lagi perlu menggunakan ciri daftar keluar yang terdapat di MySejahtera selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan ciri baharu MySJ Trace pada aplikasi berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu iaitu MySJ Trace bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik.

Katanya, MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada KKM untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat digalakkan menggunakan ciri baharu itu apabila berada di lokasi awam khususnya di kawasan tertutup.

Pada masa sama, Khairy turut memaklumkan ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi digunakan.

K! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker