Rina Harun datang lagi dengan aksi ‘kuali ajaib’
Selepas tular video cuci najis cicak dan unggas, Menteri Wanita Pembangunan Komuniti dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun tampil dengan aksi ‘kuali ajaib’.
Sekeping foto beliau sedang ‘memasak’ menggunakan kuali tanpa dapur telah tular di media sosial.
Netizen tidak menunggu lama untuk menjadikan aksi Rina Harun sebagai bahan jenaka.
Agak menghairankan bagaimana seorang Menteri yang berpengalaman 3 zaman kerajaan masih tidak belajar dari kesilapan teknikal fotografi.
Beliau yang menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri dilihat cuba menampilkan ‘sudut fotografi fotogenik’ untuk tatapan netizen.
Sebenarnya apa maksud Rina bila membuat aksi ‘lucu’ demikian?
Sepatutnya beliau lebih fokus membantu mangsa banjir terutama yang dibawah portfolio Kementerian yang diterajuinya. Bukan membuat aksi yang membuat rakyat makin menyampah dengan kerajaan.
Ramai mangsa banjir memerlukan perhatian Kementerian dan bantuan yang setimpal wajar diberikan dengan segera. Itu sebenarnya patut dibawa Rina sebagai seorang Menteri.
Dengan aksi-aksi segelintir Menteri, ada persepsi nakal berlegar membuat konklusi satu bentuk sabotaj terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri sedang dijalankan secara halus bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Bersangka baik memang dituntut tetapi ahli parlimen dan segelintir Menteri telah menyebabkan rasa bersangka baik rakyat kepada kerajaan bertukar.
Sudah tiba masanya rombakan kabinet dilakukan segera selepas selesai pasca banjir.
Lebih bagus bubar parlimen.