Covid ganggu rentak Manchester United – Rangnick

 

Ralf Rangnick berkata semalam bahawa krisis covid-19 mengganggu usahanya memulihkan skuad Manchester United yang beraksi di bawah kekuatan sebenar.

United tidak tewas dalam semua empat perlawanan di bawah kendalian pengurus Jerman itu yang menggantikan Ole Gunnar Solskjaer bulan lalu.

Ralf Rangnick berkata semalam bahawa krisis COVID-19 mengganggu usahanya memulihkan skuad Manchester United yang beraksi di bawah kekuatan sebenar.

United tidak tewas dalam semua empat perlawanan di bawah kendalian pengurus Jerman itu yang menggantikan Ole Gunnar Solskjaer bulan lalu.

Ditanya sama ada dia sudah mendapat apa dimahukan dalam minggu pertama di kelab itu, Rangnick berkata: “Sudah tentu tidak.

“Setiap jurulatih, setiap jurulatih yang bercita-cita besar – dan tiada beza antara jurulatih lain dan saya sendiri – mahu mengambil langkah yang pantas dan besar ke depan.

“Tapi untuk melakukannya, anda perlu berlatih.



“Seperti yang anda tahu, kami perlu menutup Carrington selama empat hari. Sebelum itu kami ada lapan atau sembilan pemain berlatih, jadi selepas perlawanan menentang Norwich, hanya sebahagian kecil kembali seperti biasa.

“Tiga hari terakhir kami hampir kembali ke kekuatan sebenar berdasarkan saiz skuad, tapi tidak banyak yang kami boleh lakukan dalam latihan.” – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button