Ganti Allahyarham Siti Sarah, Anzalna sebak

 

Teka-teki siapakah wanita misteri yang menggantikan legasi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudungnya terjawab apabila pelakon, Anzalna menjadi pilihan.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Anzalna di Instagram, hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Anzalna dilihat gagal menahan air mata apabila dikatakan begitu sebak ketika sesi penggambaran berlangsung sehingga ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata.

Sebelum ini, satu video yang di muat naik di Instagram Siti Sarah meluahkan rasa syukur apabila mereka menemui figura yang sesuai menggantikan tempat Allahyarham seperti yang diimpikannya sebelum ini.



Rata-rata pengikut dilihat berjaya meneka nama Anzalna selain beberapa selebriti lain yang turut menjadi sebutan seperti Nabila Razali, Sari Yanti dan Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

Anzalna berkata, ketika ditawarkan untuk bekerjasama dengan jenama tudung itu, dia mengakui sukar untuk membuat keputusan.

“Ketika mereka menghantar mesej dan bertanya untuk kerjasama ini saya macam berbelah bahagi sebab jenama tudung itu memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah.

Banyak kali Anzalna tanya pendapat Hanif (suami).

“Sesi penggambaran yang dijalankan sangat menyentuh hati. Minta maaf sekiranya saya tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran disebabkan terlalu emosi. Saya sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah Siti Sarah,” katanya.

Menurut Anzalna, sejak dirinya mengambil keputusan untuk berhijab September lalu, dia mengaku dihujani pelbagai tawaran daripada jenama tudung terkemuka.

“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi ini yang menjadi pilihan saya,” katanya.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button