Azmin, Zuraida, Rina Harun gugur, Hamzah tukar?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Benarkah Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Rina Harun digugrkan manakala Hamzah Zainuddin bertukar portfolio?

Setakat ini tiada kesahihan mengenai perkara tersebut namun sebuah portal melaporkan kabinet akan di rombak bagi mengekalkan sokongan rakyat.

Prestasi nama-nama yang dikatakan akan gugur jelas satu percaturan untuk meredakan kemarahan rakyat kepada kerajaan kerana kegagalan menteri itu sendiri.



Banjir yang melanda beberapa negeri juga telah membuka ruang kritikan rakyat terhadap nama-nama tersebut. Ada menteri dihalau oleh mangsa banjir sendiri malah ada pula perlakuan menteri disiarkan dalam siaran luar negara.

Penilaian terhadap keberkesanan menteri yang mempunyai portfolio masing-masing dikatakan gagal membantu rakyat ketika mereka memerlukan. Tidak dapat tidak mereka harus ‘pergi’ dari senarai kabinet.

Ini bagi membolehkan ‘nafas baru’ dilantik ke jawatan yang akan kosong dan sekurangnya rakyat akan kembali memberi kepercayaan kepada kerajaan kerana berani berbuat demikian.

Rakyat sudah letih dengan permainan politik dan mahu perubahan yang lebih baik untuk menjamin satu kabinet yang lebih mantap sehingga tamat mandat Pru14 atau sehingga parlimen dibubarkan.



Perlu diingatkan nama-nama tersenarai juga merupakan ‘warisan’ kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang gagal namun atas nama politik, mereka diberikan ruang dan peluang dalam kabinet.

Rakyat memerhati dan mahu perubahan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker