BSN Malaysia kena ‘serang’ dengan mangsa banjir 2021

 

Bank Simpanan Nasional-BSN Malaysia telah di ‘serang’ mangsa banjir 2021 dalam laman rasmi facebook mereka sendiri berkaitan tawaran BSN MYRINGGIT-i-BANJIR.

Membaca komentar netizen yang bertanya mengenai skim yang diperkenalkan bank tersebut, pelbagai reaksi boleh dibaca.

 

 

Walaupun pihakĀ BSN Malaysia menjelaskan serta menjawap persoalan yang dilontarkan, netizen meluahkan amarah mereka dengan syarat serta sekatan tertentu yang dikenakan.

 

 

Rata-rata netizen membandingkan skim BSN yang dijadikan sebagai hutang dengan pengeluaran wang KWSP milik mereka sendiri.

 

 

Isu pengeluaran i-Citra oleh pencarum yang terjejas dengan banjir pada Disember tahun ini menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Desakan pencarum KWSP yang mahu agar kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one off’ RM10,000.00 tidak dibenarkan kerajaan sebaliknya menawarkan pinjaman tanpa faedah menerusi BSN.

 

 

Peminjam skim BSN MYRINGGIT-i-BANJIR diberikan kelonggaran moratorium selama 6 bulan pertama bagi memulakan bayaran balik kepada pihak bank.

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan BSN adalah 30 bulan selepas ditolak tempoh moratorium. Bagi pinjaman sebanyak RM10 ribu, peminjam perlu membayar sebanyak RM334.00 sebulan (digenapkan) kepada bank selama 30 bulan.

 

 

Ini berdasarkan pemahaman syarat BSN iaitu bayaran balik 3.5 tahun bersamaan 36 bulan termasuk tempoh moratorium.

36 bulan – 6 bulan moratorium = 30 bulan.

Terpulang kepada mangsa banjir samada mahu membuat pinjaman atau tidak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker