Inkues Baby Syifaa, garisan pada leher terlalu kemas

Inkues Baby Syifaa, garisan pada leher terlalu kemas

Inkues Baby Syifaa, garisan pada leher terlalu kemas
Yuseri Yusoff, 39, (tengah) ketika hadir pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri, atau ‘Baby Syifa,’ di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan Februari tahun lalu. – Foto NSTP/Azrul Edham

SEREMBAN: Yuseri Yussof, 40, bapa kepada ‘Baby Syifaa’, memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, motif anaknya dibunuh berkemungkinan berpunca daripada bayi itu meragam.

Bagaimanapun, saksi ke-25 itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah menyebut perkataan ‘bunuh’ yang merujuk kepada apa yang berlaku kepada anaknya itu.

Peguam Gaithri Thomas yang menyoal mengapa Yuseri memaklumkan bahawa dia percaya Baby Syifaa dibunuh dalam satu laporan polis, Yuseri berkata perkataan ‘bunuh’ buat kali pertama dibangkitkan Pegawai Penyiasat (IO), Inspektor M Thinagaran.

“Saya tidak pernah sebut (Baby Syifaa dibunuh). Lepas Inspektor Thinagaran hubungi saya, waktu itu pagi. Thinagaran hubungi beritahu pasal kes ini, dia minta saya bertenang, kita akan mendapat keadilan.

“Dalam perbualan itu, Thinagaran tanya, betul ke pekerja taska yang bunuh baby? Saya tak pernah sebut (perkataan bunuh),” katanya di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?


Prosiding yang bermula jam 10 pagi itu sedikit panas apabila Yusery dikatakan tidak menjawab soalan Pegawai Pengendali, memaksa Surita campur tangan dan meminta peguam supaya menasihati anak guamnya itu.

Mahkamah kemudiannya terpaksa ditangguhkan sebentar sebelum Yuseri dilihat keluar dari kamar dalam keadaan marah dan berlaku sedikit ketegangan antara Pegawai Pengendali dan pihak peguam bela.

Bersambung selepas itu, Yuseri menegaskan dia juga tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dilakukan IO kes itu yang didapati terdapat banyak kelemahan selepas dia merujuk kes itu kepada bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan.

“Selain itu pakaian mangsa yang dipakai pada hari kejadian yang ditinggalkan dan paling ketara dia mengabaikan kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Terdapat satu kuku jari kaki tercabut yang IO tak pernah beri penerangan dan garisan lurus yang dikatakan kononnya disebabkan jerutan buai. Tapi garisannya terlalu kemas. Kemudian ada di pipi dua tanda kuku dan selain bibir kebiruan,” katanya menjawab soalan Peguam Hafiz Norkhan yang bertanya mengapa Yuseri tidak berpuas hati dengan siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’


Jelas Yuseri, kesan jerutan pada leher anaknya itu juga terlalu kemas dan secara logiknya jika bayi terjerut kuat, dia akan meronta malah perkara berkenaan turut diberitahu Amidon yang kesan itu mungkin perbuatan yang disengajakan dan agak mustahil disebabkan jerutan buaian.

“Berdasarkan pengalamannya (Amidon) polis dah boleh buka Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Atas faktor itu saya telah buat laporan.

“Beliau beritahu potensi (kesan jerutan) itu daripada wayar, kabel atau tali, …tapi lebih kepada kabel kerana ia kemas,” katanya.

Hafiz kemudian memohon mahkamah supaya Yuseri membuat demonstrasi bagaimana kefahamannya yang jerutan itu boleh berlaku, namun mahkamah menolaknya.

Menjawab soalan mengenai permohonan inkues bagi kes ini, Yuseri berkata, dia secara peribadi tidak pernah memohonnya, namun ia diarahkan Peguam Negara.

Katanya, arahan itu selepas dia menghantar surat secara rasmi kepada pejabat Peguam Negara untuk meminta penjelasan kes anaknya itu belum dibicarakan di mahkamah selain faktor kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa.

Pada prosiding itu Yuseri turut menjelaskan kepada mahkamah yang beliau mengambil tindakan lanjut terhadap kes terbabit kerana mendapati tiada apa-apa tindakan selepas 33 hari kematian anaknya.

“Bagi saya kes ini mudah saja. Ibu bapa hantar anak dan meninggal di taska yang sepatutnya boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Sedangkan anak yang tersedak susu pun ibu bapa kena reman. Apa istimewanya pengasuh ini? Bila timbul banyak percanggahan yang dikeluarkan oleh IO, saya terpaksa cari rujukan lain,” katanya

Inkues Baby Syifaa, garisan pada leher terlalu kemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker