KWSP, rakyat merayu kepada Zafrul dalam TikTok

Isu pengeluaran skim i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja-KWSP semakin panas bila rakyat bertindak merayu kepada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sendiri.

Dalam TikTok Zafrul, rakyat meluahkan rayuan mereka mengenai keperluan ‘one off’ i-Citra KWSP yang mereka perjuangkan.

Rayuan rakyat isu i-Citra

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan tiada lagi pengeluaran wang KWSP untuk rakyat di bawah skim i-Citra kerana telah membenarkan pengeluaran sebelum ini.

Musibah banjir yang melanda pula menimbulkan kembali keperluan mangsa banjir menggunakan wang untuk membaik-pulih harta benda yang terjejas teruk.

Bagaimanapun, kerajaan telah mengumumkan inisiatif kepada mangsa banjir sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri ISmail Saqbri Yaakob.

Namun demikian, ramai lagi rakyat yang bukan mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan. Mereka terdiri daripada yang  tidak mengeluarkan wang KWSP dari skim terdahulu.

Keadaan ekonomi Malaysia yang agak perlahan dalam endemik covid-19, menyebabkan rakyat sangat memerlukan sokongan kewangan bagi membantu kehidupan mereka.

Pelbagai perdebatan dalam media sosial mengenai pengeluaran wang KWSP tercetus apabila mangsa banjir buntu memikirkan bagaimana mereka mahu memulakan kembali kehidupan selepas banjir.

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak telah bersuara mengenai keperluan rakyat melalui i-Citra.

Ketua Pemuda Umno, Asyraff Wajdi juga telah mengambil pelbagai inisiatif perbincangan mengenai i-Citra.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker