Laluan Melaka – Negeri Sembilan tutup

 

 

Laluan di Jalan Melaka-Negeri Sembilan di Lubok Cina, dekat sini yang bersempadan dengan Kampung Nerambai, Rembau Negeri Sembilan, ditutup kepada kenderaan ringan sejak semalam.



Ia susulan laluan itu masih dinaiki air setinggi satu meter.

Laluan berkenaan tidak mampu dilalui kenderaan ringan sejak pagi semalam berikutan limpahan Sungai Rembau.

Setakat jam 11 pagi ini ia hanya mampu dilalui kenderaan berat, selain kenderaan pacuan empat roda.

“Laluan itu dinaiki air mulai jam 7 pagi semalam dan surut sedikit pada petang semalam tetapi pagi ini naik semula,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, tebing Sungai Berembang yang runtuh akibat banjir besar pada 18 Disember lalu masih dalam peringkat pembinaan semula.

Beliau berkata, ketiadaan tebing itu menyebabkan arus deras Sungai Rembau membanjiri Kampung Telok Berembang dan menenggelamkan perahu nelayan di Pangkalan Nelayan Telok Berembang dan Kampung Ramuan Cina Kecil.

Pengguna jalan raya, Idris Mahad, 39, berkata, perjalanannya dari Klebang untuk ke tempat kerja di Seremban terhenti di laluan Lubok Cina-Kampung Nerambai.

“Saya ada dengar air sudah naik di laluan ini tetapi tidak menyangka setinggi kira-kira satu meter dan saya tidak berani untuk meredah air dengan menunggang motosikal,” katanya.

Dia berkata, pengalaman meredah banjir di laluan yang sama tiga tahun lalu mengajarnya supaya tidak mengharung air yang tinggi.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button