51 kenderaan di Sepang kena kompaun

 

Sebanyak 51 buah kenderaan milik pelanggan bengkel-bengkel di daerah ini dikenakan kompaun setelah pengusaha perniagaan itu yang sebelum ini bersetuju membayar caj parkir gagal menjelaskan bayaran.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, MPSepang tidak dimaklumkan berkenaan dengan status kenderaan tersebut.

Katanya, pihaknya akan menggunakan budi bicara bagi membantu menempatkan kenderaan yang terlibat dengan banjir dan tiada sebarang tindakan akan dikenakan kepada pemiliknya.

“Sebagai makluman, kesalahan yang boleh dikenakan kepada kenderaan yang diletakkan di atas kawasan lapang atau taman adalah mengikut kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) Undang-Undang Kecil Taman, MPSepang 2005 dan boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1,000.

“Kenderaan yang dikompaun pada 28 Disember 2021 adalah terdiri daripada pelanggan bengkel di kawasan tersebut. Pihak bengkel telah bersetuju untuk membayar caj parkir tetapi tidak menjelaskan bayaran, maka tindakan mengkompaun telah dikenakan,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, MPSepang bersedia memberikan pengecualian bayaran kepada pemilik kenderaan yang terlibat dengan banjir dan telah dikompaun.

– K! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker