Bakal TPM ada terlibat video kontroversi?

 

 

Menurut laporan Awani  yang dipetik dari Utusan salah seorang dari menteri kanan kabinet akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Laporan tersebut turut memetik nama Azmin Ali sebagai individu yang bakal mengisi jawatan tersebut.

Agak menghairankan jika Azmin merupakan bakal TPM kerana imej beliau yang pernah terpalit dengan video kontroversi perlakuan tidak senonoh.

Walaupun pihak PDRM telah menyatakan pelaku dalam video berkenaan tidak dapat dikenal pasti, pengakuan seorang individu bernama Haziq Aziz masih berlegar dalam media sosial.



Malah foto-foto semasa hubungan intim dilakukan masih dikongsi netizen yang anti Azmin.

Mengapa nama Azmin yang terpilih? Adakah kerana beliau menteri 3 zaman sejak Mei 2018? 

Adakah negara sekarang menuju kearah liberalisme dan perlakuan songsang seperti kandungan video kontroversi sudah diterima sepenuhnya sebagai satu bentuk kebiasaan?

Mungkin nama Azmin sengaja dipetik bagi menaikkan kemarahan rakyat terhadap Ismail Sabri yang dikatakan pergi ‘menghadap’ Muhyiddin Yassin bagi membincangkan siapa yang bakal dilantik sebagai TPM?



Perlu diingatkan permainan politik Azmin bukan sehari dua. Beliau satu ketika merupakan orang kuat Anwar Ibrahim dan merupakan benteng ampuh PKR.

Pernah menjadi Menteri Besar Selangor hasil kegagalan Langkah Kajang, Azmin meninggalkan PKR dengan membawa sokongan terkuat parti itu untuk bersama PPBM dan membentuk Perikatan Nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker