PPM rampas pod vape bernilai RM475,000



 

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,00 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di sebuah stor kosong Kampung Tebing di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan menerusi Op Benteng COVID-19 (Op Landai/Op Kontraban) membuat serbuan di lokasi tersebut pada jam 8 malam.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi, sepasukan anggota yang diketuai seorang pegawai mendapati pintu premis berkenaan tidak berkunci.

“Hasil pemeriksaan, anggota menemui sembilan kotak mengandungi pelbagai jenis vape.

“Anggota PPM telah menunggu hampir 30 minit, namun tiada sesiapa yang tampil mengaku sebagai pemilik kepada barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk laporan polis dan tindakan lanjut.

“Kesemua barangan tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker