Thiago Silva sambung kontrak bersama Chelsea

 

Pertahanan tengah Chelsea, Thiago Silva menyambung kontraknya bersama juara Eropah itu selama setahun hingga penghujung musim 2022/23, umum kelab itu hari ini.

Pemain berusia 37 tahun itu menyertai Blues dari Paris Saint-Germain pada 2020 menerusi perjanjian selama setahun.

Bagaimanapun dia menjadi tonggak ketika Chelsea menang Liga Juara-Juara musim lalu dan berada di belakang pendahulu, Manchester City dalam Liga Perdana.

“Untuk bermain bersama Chelsea ialah satu penghormatan. Saya tidak pernah merasakan akan bermain tiga tahun di kelab hebat ini, jadi saya sangat gembira berada di sini setahun lagi,” kata Silva yang membuat 56 penampilan sejak 18 bulan lalu kepada laman sesawang Chelsea.

“Saya akan berikan apa sahaja untuk terus bermain pada tahap ini, dalam liga paling penting di dunia.”

Mengikat pemain antarabangsa Brazil itu menjadi keutamaan buat Chelsea dengan rakan pertahanan, Antonio Rudiger dan Andreas Christensen juga akan tamat kontrak pada penghujung musim.

– AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker