Dua kali gagal sebagai MB, Mukhriz tidak layak

 

 

Rekod sebagai MB-Menteri Besar Kedah yang meletakkan jawatan sebanyak dua kali adalah rekod yang tidak memberangsangkan buat Mukhriz Mahathir. Ini sekaligus meletakkan imej beliau sebagai seorang yang tidak layak menjadi Perdana Menteri.



Sebagai rekod, kali pertama Mukhriz meletak jawatan adalah pada 3 Februari 2016 berikutan krisis kehilangan sokongan dari ADUN Kedah.

REKOD LETAK JAWATAN KERANA HILANG SOKONGAN

Mukhriz Letak Jawatan MB Kedah 2020

Pada 17 Mei 2020 sekali lagi Mukhriz berdepan krisis sokongan ADUN dan beliau telah meletakkan jawatannya sebagai MB Kedah selepas Pakatan Harapan tumbang di peringkat pusat.

Dalam satu kenyataan Mukhriz, beliau menyatakan kesediaannya untuk mengambil alih tempat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya kerjasama PEJUANG-MUDA-Warisan berjaya memenangi PRU15 kelak.

 



 

Pakatan Harapan sebelum ini telah memenangi PRU dengan kerjasama PPBM-PKR-DAP-AMANAH dan bersetuju melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Perjanjian peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar dikatakan telah dipersetujui selepas gabungan tersebut memilih menggunakan logo PKR dalam PRU14.



ANWAR DINAFIKAN UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI

 

Anwar Ibrahim

Selepas Anwar memenangi PRK Port Dickson, segalanya mulai berubah dan perjanjian tersebut seolah dinafikan kerana enggan memberi laluan kepada Anwar.

Mengejutkan sekali apabila Mahathir menggunakan alasan hilang kepercayaan partinya ketika itu-PPBM, menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan sekaligus menyebabkan peluang Anwar tersekat kerana ‘Sheraton Move’ yang digerakkan beberapa pemimpin PKR sendiri.



Mukhriz pada ketika itu merupakan Timbalan Presiden PPBM telah dipecat oleh partinya bersama beberapa individu lain termasuk Mahathir.

HANYA BERSANDARKAN POPULARITI MAHATHIR

Untuk memilih Mukhriz sebagai Perdana Menteri, rekod politik perlu diambil kira dan beberapa faktor lain juga akan dipertimbangkan. Perlu diingatkan Mukhriz ‘terjun’ ke arena politik hanya bersandarkan imej Mahathir Mohamad dan bukan atas kemampuan dirinya sendiri.

Adakah beliau bersedia untuk ‘kalah’ sekali lagi jika mahu membandingkan kemampuan politik dengan Anwar Ibrahim? 

Mukhriz Letak Jawatan MB Kedah 2016

Anwar lebih mengenali sepak terajang politik sebelum Mukhriz berada dalam kancah tersebut.



Persoalan besar dan paling penting yang perlu dijawap Mukhriz ialah sejauh mana keyakinan beliau PEJUANG mempunyai peluang besar menang PRU15 jika PRN Melaka pun mereka tidak berani masuk gelanggang.

SPEKULASI TEORI PENUBUHAN PEJUANG 

Berapa sebenarnya jumlah ahli parti PEJUANG seluruh Malaysia? Sekiranya Mahathir tidak ada lagi adakah Mukhriz mampu untuk ‘bernafas’ dalam politik Malaysia? 

Atau penubuhan PEJUANG sekadar pengalihan perhatian serangan terhadap PPBM dan PEJUANG akan dibubarkan untuk masuk kembali ke PPBM dan bersama Pakatan Harapan selepas menyingkirkan Anwar Ibrahim?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button