Minta rasuah RM500,000 – pengurus syarikat direman

 

 

Seorang pengurus syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah melebihi RM500,000.



Tempoh reman yang bermula hari ini sehingga 8 Januari depan itu dibenarkan oleh Majistret Amanina Mohamad Anuar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

 

SPRM

 



Menurut sumber, suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali telah meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Ia sebagai dorongan bagi mengelakkan penilaian prestasi stesen-stesen minyak pemilik berkenaan terjejas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button