MRT Phileo Damansara rosak, Prasarana mohon maaf

 

Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

Menurut Prasarana, pasukan teknikal Rapid Rail ketika ini sedang sedang giat mengenal pasti masalah.

Bagaimanapun pihaknya telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.

 



Pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa.

“Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat,” katanya dalam kenyataan.

awani

Leave a Reply