Lagi dihina bertambah kuat BN – Zahid Hamidi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden PPBM dalam ucapan beliau “mengisytiharkan” sejarah Barisan Nasional (BN) telah berakhir.

Sedih kata-kata penghinaan itu dilontarkan oleh seseorang yang sebelum ini menempa nama dalam dunia politik menggunakan dokongan dan sokongan dari ahli akar umbi BN.

Tidak mengapalah Pengerusi PN mahu menyatakan apa pun kerana pendokong dan penyokong BN yang setia lebih mengenali perjuangan BN tiada penghujung noktahnya.

Rakyat juga telah melihat BN tidak pernah berundur daripada menjaga kepentingan mereka walau pernah dirobek angkara fitnah dan tipu daya pada PRU-14 yang lepas.

Pelbagai tohmahan, fitnah, cercaan, kejian, hinaan dan cacian dilemparkan dari pelbagai hala ditujukan kepada BN.

Tidak pernah mengurangkan keyakinan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seluruh pendokong dan penyokong Barisan Nasional di seluruh negara.

Yakinilah sejarah BN tidak akan terhenti dan sentiasa terus membara selagi ada daya dan upaya, ilham dan kudrat anugerah Ilahi.

Penghinaan Pengerusi PN itu malah akan menguatkan semangat seluruh jentera, ahli dan penyokong BN untuk memenangi PRN Melaka kali ini.

Seluruh jentera, ahli dan penyokong BN berpadu dengan semangat membara untuk membuktikan kepadai PN bahawa sejarah BN belum berakhir.

Dan ternyatalah keputusan akar umbi UMNO pada Perhimpunan UMNO 2020 untuk tidak bekerjasama dengan PPBM merupakan satu langkah yang tepat.

Kata-kata Presiden PPBM itu sekaligus menyerlahkan sebuah hipokrasi yang mencerminkan nawaitu sebenar PPBM ke atas BN dan UMNO amnya.

sumber – Zahid Hamidi, Presiden UMNO

Muhyiddin dicabar netizen untuk tekan butang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker