Soraya akui belum temui lelaki idaman

Soraya Rasyid

 

Pelakon dan juga pengacara Indonesia, Soraya Rasyid mendedahkan, sehingga kini belum ada mana-mana lelaki yang boleh membuatkan dirinya berasa selesa dan selamat.

Pelakon sinetron Preman Pensiun itu berkata, selepas memutuskan hubungan cinta bersama bekas kekasihnya, David John Schaap, dia sukar mencari pasangan yang benar-benar sepadan dengan ‘seleranya’.

“Susah untuk mencari pasangan yang boleh membuatkan saya berasa selesa dan selamat. Makanya saya masih solo sehingga kini,” jelasnya.

Selebriti berusia 24 tahun itu menjelaskan, dia tidak mementingkan soal fizikal atau wajah pasangan yang dicari.

Malah, Soraya sendiri mengakui beberapa bekas kekasihnya sebelum ini tidak memiliki raut wajah yang tampan.

“Soal fizikal atau wajah sama ada tampan atau tidak bukan masalah. Yang paling penting keserasian.

“Kalau saya sudah selesa dengannya, saya tidak kisah tentang faktor lain,” ujarnya yang turut mengidamkan seorang lelaki bersikap budiman.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker