18 kematian akibat covid-19

 

Sebanyak 18 kes kematian akibat covid-19 dilaporkan semalam, dengan tiga daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data dari laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, kes kematian semalam menyumbang kepada 31,609 korban COVID-19 di negara ini setakat tengah malam tadi dengan 6,378 daripadanya adalah kes BID.

Tiga kematian dilaporkan masing-masing di Pahang, Perak dan Selangor; dua kematian masing-masing di Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur, manakala satu kematian di Kelantan, Sabah dan Terengganu.

Selain itu, setakat tengah malam tadi, sebanyak 39,739 kes aktif dilaporkan membabitkan 32,509 kes yang menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (3,574 kes) dan seramai 3,399 pesakit menjalani rawatan di hospital.

 

kes kematian-covid

Sementara itu, sebanyak 245,326 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 238,720 dos penggalak, satu dos (2,747) dan dos lengkap (3,859).

Sehingga semalam, sebanyak 87.8 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala populasi dewasa kekal pada paras 97.7 peratus.

Dalam pada itu, COVIDNOW turut melaporkan perincian kadar penggunaan sistem kesihatan awam, termasuk bagi kes bukan COVID-19.

Bagi kapasiti katil hospital di seluruh negara, sebanyak 64.2 peratus digunakan dengan 28.3 peratus menempatkan pesakit COVID-19.

Mengikut graf kadar harian pesakit COVID-19 yang ditempatkan di wad, ia mencatatkan pertambahan seramai 1,170 orang semalam, berbanding 864 orang kelmarin.

Selain itu, turut dilaporkan sebanyak 37.3 peratus pesakit yang dirawat di hospital, termasuk bukan kes COVID-19 perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Penggunaan unit rawatan rapi (ICU) ketika ini mencatatkan kadar 56.5 peratus dengan 26.5 peratus membabitkan pesakit COVID-19.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker