i-Citra digunakan PH lagakan kepimpinan Umno

Pengeluaran wang pencarum KWSP sebanyak RM10 ribu (one off) menerusi skim i-Citra dilihat menjadi keutamaan kepimpinan Umno.

Namun demikian, apa yang dilakukan kepimpinan Umno telah menimbulkan keresahan kepada PH. Bimbang hilang populariti dan sokongan rakyat kepada mereka (PH) kerana tidak senada dengan apa yang diperjuangkan Umno.

Untuk meminimumkan kesan kehilangan populariti, PH terpaksa tidak menyokong apa yang disarankan kepimpinan Umno kepada kerajaan. Bagi mereka i-Citra akan menenggelamkan mereka menjelang PRU15 kelak.

Ini perlu dihentikan dan cara mudah bagi mencalarkan reputasi Umno ialah melagakan kepimpinan Umno berkaitan i-Citra itu sendiri.

Cuba lihat sendiri adakah mereka (PH) menyokong pengeluaran i-Citra sebanyak RM10 ribu secara one off itu?

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi turut menyentuh perkara ini menerusi tulisannya.

 

 

APA KEPERLUAN i-CITRA KEPADA RAKYAT?

Ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penguncupan ekonomi dan darurat 3/4 masak yang dilaksanakan PN hampir 2 tahun.

Kesan ketara berikutan PKP dan darurat 3/4 masak itu, bilangan pekerja yang hilang punca pendapatan bertambah, ramai peniaga terpaksa ‘gulung tikar’, ramai operator hotel menutup operasi yang turut menjejaskan perkembangan ekonomi setempat.

Terlalu banyak kesan sampingan berlaku kerana faktor PKP dan darurat untuk disenaraikan.

Negara juga menyaksikan musibah banjir yang agak teruk telah melanda beberapa negeri akhir tahun 2021. Ini menambahkan lagi bebanan yang  terpaksa dihadapi rakyat menjelang 2022.

 

Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelbagai inisiatif bantuan daripada kerajaan kepada mangsa banjir perlu dipuji tetapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak terlibat dengan banjir?

Mereka juga memerlukan kewangan yang baik untuk memulakan atau sekurangnya menambah baik aliran tunai untuk keperluan harian. 

Bukan semua rakyat ada kewangan yang kukuh serta aliran tunai yang mencukupi untuk kehidupan mendatang. Ada bebanan kewangan yang perlu diutamakan dan komitmen bulanan tetap wajib dilunaskan.

Usaha kepimpinan Umno yang melihat kepentingan rakyat sebagai keutamaan wajar dipertimbangkan.

i-Citra; rakyat perlu diberi pilihan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker