Serang Azam Baki, mengapa Kit Siang tidak persoal isu Zeti?

 

Semalam Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM membuat kenyataan media mengenai kontroversi melibatkan dirinya seperti didakwa Lim Kit Siang.

 

Serangan bertalu terhadap Azam Baki ditulis sendiri oleh Lim Kit Siang menerusi laman facebooknya.

Agak menghairankan mengapa veteran DAP itu memilih Azam Baki sebagai subjek serangan tetapi tidak berani mengusik pendedahan berkaitan Zeti Aziz.

Pendedahan oleh Tommy Thomas juga tidak diulas Kit Siang langsung dan beliau juga tidak berani mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berkaitan kematian saksi utama kes Lim Guan Eng.

 

 

Secara jelas SPRM mendedahkan penglibatan Tawfiq Ayman yang dikatakan menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB. 

Agak menghairankan kritikan dan serangan Kit Siang kali ini berpilih-pilih. Tidak seperti kelaziman individu bernama Lim Kit Siang yang sering melaungkan ketelusan.

 

 

Jika beliau masih mengaku dirinya telus, individu yang perlu diserangnya ialah Mahathir, Zeti serta seorang lagi bekas Menteri yang terlibat dalam isu 1MDB.

Beliau perlu mendesak mereka di heret ke mahkamah bagi membuktikan perkara sebenar.

Adakah ada muslihat tertentu disebalik serangan Kit Siang terhadap Azam Baki? Mungkinkah disebabkan pendedahan SPRM berkaitan penglibatan keluarga Zeti dan pengakuan Tommy Thomas?

Lim Kit Siang perlu membuktikan beliau bebas dari unsur-unsur dipengaruhi mana-mana pihak dalam bercakap soal intergriti. 

Beranikah Kit Siang menyerang Tommy Thomas pula?

 

One thought on “Serang Azam Baki, mengapa Kit Siang tidak persoal isu Zeti?

Leave a Reply