Huawei P50 Pro akan dilancarkan di Malaysia

 

 

Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa peranti flagship terbaru mereka, Huawei P50 Pro akan tiba ke negara kita tidak lama lagi.

Peranti berkuasa tinggi ini telah dilancarkan di China pada bulan Julai lepas dan ia masih belum dilancarkan di pentas antarabangsa. Ini mungkin menjadikan Malaysia sebagai negara terawal menerima peranti hebat ini.

Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa Huawei P50 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia ini, tidak menyokong rangkaian 5G.

Ini kerana sekatan Amerika Syarikat terhadap Huawei yang masih berkuatkuasa, membuatkan Huawei tidak dapat menggunakan modem 5G di mana-mana cip yang mereka beli.

 



Di China, Huawei P50 Pro diperkenal dengan dua jenis cip SoC, antara Kirin 9000 atau Snapdragon 888.

Untuk Malaysia, laman produk Huawei P50 Pro telah menunjukkan bahawa ia dikuasakan cip Snapdragon 888 4G, RAM 8GB dan storan 256GB.

 



Laman produk tersebut turut menyenaraikan hanya dua warna P50 Pro, iaitu Cocoa Gold dan Golden Black.

Di laman web antarabangsa, P50 pro disenaraikan dalam empat warna. Dua lagi warna adalah Pearl White dan Charm Pink.

Skrin P50 Pro seluas 6.6-inci, jenis OLED yang melengkung di kedua belah sisi.

Ia memiliki resolusi tinggi 2700×1228, bersama kadar penyegaran 120hz. Terdapat lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 13MP.

Kamera adalah perkara yang sentiasa menjadi tarikan Huawei siri-P, mengekalkan kerjasama Huawei bersama Leica.

Tetapi ada yang mengatakan peranti ini adalah kerjasama terakhir antara kedua-duanya.

Terdapat empat kamera belakang di telefon ini, ditempatkan di dalam dua bulatan besar yang dipanggil Huawei sebagai Dual-Matrix.

Ia adalah kamera utama 50MP F1.8, kamera monokrom 40MP F1.6, kamera ultralebar 13MP F2.2 dan kamera telefoto 64MP dengan upaya 3.5x zum digital dan 100x zum digital.

Bateri dengan kapasiti 4,360mAh dilengkapi di dalamnya dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W dan pengecasan Wireless Huawei SuperCharge 55W.

Walaupun tiada 5G, P50 Pro bole menyambung ke WiFi 6 802.11ax. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Seperkara lagi yang penting, telefon ini tidak boleh menggunakan sebarang aplikasi dan perkhidmatan Google dan tidak menyokong Google Mobile Services.

Semua aplikasi Android boleh dimuat turun secara rasmi melalui Huawei AppGallery.

 



Di China, Huawei P50 Pro dengan RAM 8GB dan storan 256GB dijual pada harga RMB6,488 (~RM4,252).

Di Malaysia, kita mungkin melihat harganya melebihi RM4,000.

Untuk perbandingan, Huawei P40 Pro 5G (8GB+256GB) dilancarkan di Malaysia tahun lepas pada harga RM3,899.

Walaupun Malaysia masih belum ada rangkaian 5G, adakah P50 Pro 4G peranti yang menarik untuk dimiliki?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker