Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya akrab di set dan media sosial

 

Hubungan akrab antara pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya tidak sekadar di jaringan media sosial sahaja, bahkan mereka juga berkongsi cita rasa yang sama.

Menurut kenyataan media,kedua pelakon tersebut masing-masing membawa kipas yang sama ketika berada di set.

“Ini adalah pertama kali mereka bergandingan dalam satu naskah.

“Telatah mereka dapat dilihat ketika melakukan babak di set. Shukri sering mengusik Sharnaaz dan membuat pelakon itu terganggu ketika melakonkan satu-satu babak,” petik kenyataan itu.

Sebagai informasi, dalam drama I Promise Janji Anaqi, Shukri melakonkan watak Zero, seorang pembunuh upahan yang menjejak Anaqi (Sharnaaz Ahmad) untuk mendapatkan bantuan bagi meleraikan pertelingkahan yang berlaku dalam dunia pembunuh upahan.

Saksikan penampilan khas pelakon tersebut dalam episod ke-20 drama I Promise Janji Anaqi.



utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button