“Barisan Nasional parti dari rakyat untuk rakyat” – Najib

 

Penasihat Barisan Nasional, Dato Sri Najib Razak mengingatkan pemimpin dalam Barisan Nasional, parti itu merupakan parti milik rakyat. Seharusnya parti berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa.

Najib berkata demikian semasa memberi ucapan dalam majlis santai bersama kepimpinan Makkal Sakti di sebuah cafe Kuala Lumpur.



“Kita sebagai parti politik datangnya daripada rakyat dan kembali juga kepada rakyat.

Rakyat berikan kita amanah, tanggungjawab dan kepercayaan untuk memimpin”.

 



Rakyat meletakkan keyakinan pada kita kerana janji yang kita berikan dan kemampuan untuk menjayakannya.

PRU14, dan perjalanannya ke hari ini walaupun pahit tetapi ia memberikan kesedaran.

Banyak janji manis yang ditabur oleh pelbagai pihak.



Yang kemudian mereka sendiri kata mustahil untuk dilaksanakan apabila kuasa di tangan. Akhirnya, dikecam rakyat dan disedari ramai.

“Saya percaya dan yakin kita harus jadikannya sebagai satu rujukan. Agar kita kekal pada prinsip perjuangan kita.

Apa yang kita janji, harus ditepati. Apa yang kita boleh bantu, harus dibuat sehabis baik.”

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button