Resepi ikan pari bakar marvellous

Ikan pari bakar marvellous….
Jom buat!!!

Resepi

3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
3 batang cili besar
4 batang cili padi
garam
gula
serbuk perasa
asam keping
daun limau purut (mayang halus)
daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)
daun pisang
aluminium foil

1. cuci bersih ikan pari

2. blend bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi

3. ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yg dah blend tadi sampai garing

4. masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa… masukkan daun limau purut dan daun kunyit..
okay… sambal dah siap…

5. ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang… ambil sambal letak sikit atas daun pisang… letak ikan pastu letak lagi sambal… pastu balut… last sekali bakar sampai ikan masak… guna oven boleh… aku guna kuali pemanggang ajaib… 😬

siap!!!

Kredit: erma azizie

Leave a Reply