Kontroversi Azam Baki,skandal PH bakal terbongkar?



 

Kontroversi panas melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Tan Sri Azam Baki bakal menyebabkan skandal Pakatan Harapan-PH bakal terbongkar?

Meneliti serangan-serangan PH yang dikepalai Lim Kit Siang sejak Disember 2021 hingga awal Januari, seperti ada ‘rahsia’ besar cuba disembunyikan.

Musykil apabila Azam, individu yang PH iktiraf sebagai ‘bersih’ kini menjadi subjek serangan PH.

LANTIK INDIVIDU AKTIF POLITIK SEBAGAI KP SPRM DI’HALAL’KAN ZAMAN PH

 

Masih diingati bagaimana bangganya PH selepas melantik seorang yang aktif dalam politik mengepalai sebuah agensi yang sepatutnya berintergriti tinggi.



Sayang sekali pada waktu itu, segalanya ‘halal’ buat Pakatan Harapan dan mereka memburu pemimpin politik terutama Umno.

 

 

Apa motif sebenar Pakatan Harapan apabila turut mendesak Azam meletakkan jawatan dan berbicara mengenai intergriti sedangkan pada waktu mereka berkuasa soal intergriti hanyalah retorik?

Sebagai contoh paling mengejutkan ialah pengguguran kes melibatkan Lim Guan Eng. Untuk melantik Guan Eng sebagai Menteri Kewangan (Kewayangan) ketika itu, kes beliau digugurkan dan ini amat mengejutkan semua pihak.

 

 

Dengan serangan agresif dari PH terhadap Azam Baki, menimbulkan persoalan adakah mereka-PH sedang kegentaran pembongkaran skandal tertentu melibatkan pemimpin PH akan berlaku dalam masa terdekat.



Pengakuan saksi kes melibatkan Guan Eng dalam kes terowong dasar laut begitu menggemparkan. Jelas disebut saksi Guan Eng meminta suapan sebanyak 10% daripada kontraktor projek berkenaan. Inikah intergriti yang dilaungkan Pakatan Harapan?

KES LIBAT ZETI BAKAL DEDAHKAN PENGLIBATAN INDIVIDU DALAM PH?

 

 

Pendedahan Tommy Thomas mengenai penglibatan Zeti Akhtar Aziz dan keluarga dalam skandal 1MDB membuka lembaran baru kes.

Pihak SPRM merupakan pihak yang mengesahkan penglibatan Zeti dan keluarga dan ini dikatakan bakal membawa kepada lebih banyak pembongkaran salah-laku pemimpin PH terutama salahguna kuasa semasa mereka memerintah.

Belum lagi dibongkar penglibatan individu tertentu dalam komplot bagi memerangkap Najib Razak dengan kes SRC dan 1MDB.



 

 

Dokumen yang tersimpan dalam fail SPRM adalah barang penting dan bagi menghalang pembongkaran berlaku, sesuatu perlu dilakukan untuk menghalangnya.

Adakah dengan menyerang Azam Baki dan SPRM merupakan salah satu plot menghalang dokumen mengaitkan penglibatan pemimpin PH dalam korupsi serta membersihkan nama individu lain yang dituduh dengan tuduhan berniat politik?

Apa tindakan Azam Baki selepas ini? Jangan terkejut sekiranya beliau meletakkan jawatan sebagai KP SPRM dan mengambil tindakan mendedahkan skandal-skandal melibatkan pemimpin tinggi dalam PH serta kerakusan mereka semasa berkuasa.

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker