Jadi peneraju ekonomi Asia Tenggara

Jadi peneraju ekonomi Asia Tenggara

Jadi peneraju ekonomi Asia Tenggara
RAMANAN diiringi Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy melawat pameran usahawan IKS ketika melakukan lawatan kerja ke SME Corp Malaysia. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menerusi agensinya, SME Corp Malaysia memperuntukkan RM134.6 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pada tahun ini yang selaras komitmen untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Timbalan Menteri Kuskop, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, menerusi program dan inisiatif yang dirancang tahun ini, kementerian terus komited dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan negara sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

Katanya, ia adalah sebahagian usaha bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul serta kerangka Ekonomi MADANI sebagai wadah mengangkat semula martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.



“Komitmen ini juga mengambil kira Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang sudah menetapkan sasaran yang jelas untuk pertumbuhan PMKS menjelang 2025, seperti sumbangan 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 15 peratus kepada eksport, 3.5 peratus dalam purata pertumbuhan produktiviti buruh dan 90 peratus PMKS mendigitalkan operasi perniagaan mereka,” katanyapada sesi taklimat sempena lawatan pertamanya ke Ibu Pejabat SME Corp di sini, semalam.

Sesi berkenaan bertujuan memberikan penerangan lanjut berkenaan peranan dan fungsi SME Corp sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) dalam pembangunan PMKS di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki

Secara keseluruhannya, SME Corp sudah menyalurkan RM131.3 juta dana yang dimanfaatkan oleh 22,861 PMKS di seluruh negara.

Ia termasuk program bantuan kewangan bagi tujuan eksport iaitu Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dan program SMEs Go Global (SMEGG) serta program pembangunan keupayaan dan kapasiti eksport dan padanan perniagaan.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata melalui peruntukan sebanyak RM134.6 juta tahun ini, ia dijangka dapat dimanfaatkan lebih 16,700 PMKS.

“Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang dihentikan sementara sebelum ini berikutan komitmen yang telah melebihi peruntukan, akan kembali ditawarkan kepada PMKS pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM55 juta.

“Selain itu, SME Corp akan terus melaksanakan program utama lain seperti Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Pengukuhan Eksport, Program Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) serta Program BizMe bagi pembangunan perusahaan inklusif,” katanya.

Jadi peneraju ekonomi Asia Tenggara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker