Pogba dijangka kembali berlatih

 

Paul Pogba akan kembali berlatih sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang selepas mendapat lampu hijau daripada doktor Manchester United.

Pogba tidak berlatih sejak dua bulan lalu selepas cedera pada paha ketika aksi antarabangsa bersama Perancis.

Ia menjadi proses pemulihan yang sukar buat pemain Perancis itu yang menghabiskan sebahagian masa di Dubai dalam usaha kembali beraksi pada penghujung Januari.

Namun kini ada sinar harapan selepas dia berlari secara perlahan di pusat latihan Carrington minggu lalu.

Ia berita yang besar buat bos, Ralf Rangnick yang bimbang dia akan membawa pasukan tanpa pemain tengah itu untuk beberapa minggu akan datang.

Staf perubatan United tidak sabar untuk membawa pemain itu bersama pasukan utama minggu ini.

Rangnick menegaskan pemain itu perlu masa untuk kembali ke tahap sebelumnya menjelang pertemuan Piala FA dengan Aston Villa.

Katanya: “Saya diberitahu seminggu lalu, ia memerlukan minimum sekurang-kurangnya empat atau lima minggu sebelum dia cergas sepenuhnya untuk berlatih.”

– AGENSI

Leave a Reply