Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

Perbicaraan kes IPIC yang melibatkan mantan Perdana Menteri, DS Najib dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar, akan bermula bulan Jun 2024.

Kes IPIC mencatatkan sejarah perundangan negara apabila ianya menjadi kes paling lama dibicarakan.

Pendakwaan kes IPIC telah bermula pada 24 Oktober 2018.

Selepas hampir 6 tahun pendakwaan dilakukan, pada Jun 2024, barulah perbicaraan pertama akan bermula di mahkamah.

Belum pernah terjadi dalam sejarah perundangan negara, penangguhan selama hampir 6 tahun dilakukan selepas pendakwaan!!!

Memo Dalaman Peguam Negara Yang Tular Ada Jawapannya Mengapa Kes Tertangguh Begitu Lama

Persoalannya, mengapa penangguhan yang begitu lama berlaku?

Memo dalaman pendakwaraya kepada Peguam Negara ada jawapannya.

Kandungan utama memo tersebut adalah pasukan pendakwaan sebulat suara mengambil pendirian bahawa 6 pertuduhan tersebut tiada kes prima facie.

Alasannya pula adalah kerana selepas siasatan dijalankan, tiada seorang pun daripada 138 saksi yang ditemu bual menyokong tuduhan tersebut.

Malah, tidak menunjukkan sebarang jenayah yang telah dilakukan oleh DS Najib.

Beberapa laporan polis sudah dilakukan.

Tetapi hingga kini, kita masih tertanya-tanya, apakah tindakan pihak berkuasa atas laporan yang telah dibuat.

Alasan Yang Sama Telah Melepaskan Zahid, Tetapi Tidak Najib, Mengapa?

Dalam perkembangan yang lain, memo yang hampir sama, iaitu memo dari pasukan pendakwaraya kepada Peguam Negara, telah melepaskan DS Zahid dari 47 pertuduhan kes Akalbudi.

Sama seperti memo kes IPIC, kandungan utama memo kes Akalbudi adalah pasukan pendakwaan sebulat suara mengambil pendirian bahawa tiada kes prima facie.

Selepas surat representasi peguambela dihantar kepada Jabatan Peguam Negara, Peguam Negara mengambil keputusan untuk menggugurkan 47 pertuduhan ke atas DS Zahid.

Persoalannya, mengapakah DS Zahid boleh digugurkan dari pertuduhan, sedangkan DS Najib masih diteruskan pertuduhan ke atas beliau.

Antara 11 alasan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan ke atas DS Zahid adalah kerana memo yang bocor itu.

Sedangkan memo terhadap kes IPIC yang melibatkan DS Najib sudah bocor lebih awal daripada itu.

Mengapa pertuduhan masih diteruskan?

Adakah kerana pihak peguambela DS Zahid telah menghantar surat representasi kepada Peguam Negara?

Tetapi bukankah peguambela DS Najib juga melakukan perkara yang sama, tapi pertuduhan diteruskan.

Dr Mahathir sudah mewujudkan budaya pendakwaan terpilih.

Apakah kini sudah wujud pula budaya keadilan terpilih?

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker