Jaguh tinju meninggal dunia selepas 10 hari koma

 

Jaguh tinju, Arrest Sahakyan meninggal dunia pada usia 26 tahun selepas 10 hari koma.

Petinju Armenia-Rusia dikejarkan ke hospital selepas tewas menerusi knockout pada 26 Disember lalu.

Dia mengalami kecederaan di otak dan terpaksa menjalani pembedahan.

Keadaannya masih kritikal dan selepas 10 hari berada dalam keadaan koma dia akhirnya disahkan meninggal dunia semalam.

Saudaranya, Svetlana Petrosyan menulis di Instagram: “Bagaimana hendak meneruskan kehidupan… jiwa kami… kegembiraan kami… perasaan kami sangat sedih.

“Saya tidak percaya… ia seperti mimpi buruk..

“Kami sangat sayangkan kamu. Kamu baik hati, memberi kegembiraan, hebat, seorang yang jujur.”

Selain tinju, Sahakyan turut beraksi dalam seni bela diri campuran.

Petrosyan mengesahkan urusan pengebumian Sahakyan akan diadakan di Yerevan, Armenia.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker