Kit Siang serang Azam untuk alih perhatian?

 

Lim Kit Siang masih belum mengendurkan serangan beliau terhadap KP SPRM, Tan Sri Azam Baki berkaitan isu pemilikan saham.

Dalam tulisan terbaru veteran DAP itu, Kit Siang mempersoalkan mengapa Azam tidak bersedia untuk membersihkan namanya dari kontroversi.

Agak pelik apabila Kit Siang begitu berdedikasi menyerang Azam Baki dan SPRM tanpa henti sejak Disember lepas.

LIM GUAN ENG MINTA 10% – SAKSI

 

Benarkah serangan ada kaitan dengan kes yang dihadapi Lim Guan Eng yang telah meminta 10% seperti didedahkan saksi?

Lim Kit Siang sepatutnya lebih fokus mengenai pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Bukankah beliau bersama Mahathir memperjuangkan isu 1MDB dan mahu Najib didakwa di Mahkamah?

Jika beliau benar-benar seorang pejuang yang memegang prinsip ketelusan, individu yang patut diserang ialah Tommy Thomas. 

Hanya selepas tidak lagi menjadi Peguam Negara barulah Tommy dedahkan penglibatan Zeti bersama beberapa nama lain dalam hal berkaitan 1MDB.

Mengapa baru sekarang Tommy dedahkan dan bukannya semasa beliau masih Peguam Negara?

LIM KIT SIANG TIDAK BERANI SERANG TOMMY THOMAS?

 

Tidak dapat menolak andaian semua itu diketahui Lim Kit Siang memandangkan Tommy merupakan lantikan Pakatan Harapan selepas mereka mengambil alih tampuk Putrajaya.

Lebih mudah untuk mengandaikan Kit Siang menyerang Azam Baki dan SPRM kerana mahu melengahkan masa serta mengalih perhatian semua pihak terhadap pendedahan Tommy Thomas.

Adakah ini bagi membolehkan para konspirator membuat helah melengahkan siasatan atau tangkapan terhadap Zeti sekaligus menutup ruang untuk rakyat mengetahui konspirasi sebenar 1MDB?

 

 

Semua tahu dan menanti komen Kit Siang mengenai Zeti namun sehingga hari ini tiada sebarang komen atau serangan yang dilakukan Kit Siang terhadap Zeti mahupun individu yang didedahkan oleh Tommy Thomas.

Persoalan inilah yang sepatutnya dijawap Kit Siang. Menilai cara Kit Siang yang gigih menyerang SPRM tidak ubah seperti taktik Mahathir bila mahu mengalih perhatian dari isu sebenar.

Apakah kini Lim Kit Siang sudah menjadikan Mahathir sebagai ‘Mentor Alih Isu’?

Lim Kit Siang tiba-tiba ‘bodoh’

 

2 thoughts on “Kit Siang serang Azam untuk alih perhatian?

Leave a Reply