Parti Bangsa Malaysia hanya ambil kesempatan?

 

Parti Bangsa Malaysia-PBM yang asalnya ialah Parti Pekerja Sarawak berhasrat mahu menyertai Barisan Nasional sebagai komponen terbaru.

Hajat itu disuarakan Presiden PBM, Larry Sng selepas mendapat mandat daripada 12 bahagian PBM yang bermesyuarat.

Agak pelik secara tiba-tiba, PBM yang terdiri daripada serpihan PPBM, PKR, DAP mahu bernaung di bawah lambang BN dan tidak memilih Perikatan Nasional-PN.

Mengapa pilih BN? Adakah penubuhan PBM sekadar mahu mengambil kesempatan mencari pengaruh dari pengundi tegar BN?

Pada 21 Disember 2021, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara-PKN, Nor Hizwan Ahmad menyatakan  53,000 ahli PKN telah menyertai PBM.

 

 

Sebagai rekod PKN ditubuhkan oleh Azmin dah Zuraida selepas menyertai BERSATU-PPBM.

Nor Hizwan pula merupakan bekas pembantu Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

 

 

Larry Sng pula merupakan ahli parlimen Julau Sarawak adalah bekas ahli PKR yang kemudian menyertai Perikatan Nasional sebelum ini.

Agak lucu bila membaca perjalanan karier politik mereka yang kini menyertai PBM. Lebih lagi dengan penyertaan 3 ADUN Perak, masing-masing 2 dari PPBM dan seorang bebas.

Bayangkan sebuah parti yang dipenuhi pelbagai karektor latar belakang politik tetapi mempunyai 1 persamaan iaitu – Kaki Lompat Parti.

Adakah ini ciri-ciri yang boleh dipercayai untuk bernaung dibawah BN? Bila tidak berpuashati atau kehendak tidak dipenuhi maka mereka bersedia melompat ke parti yang memberi keuntungan politik?

Makkal Sakti sebuah parti politik tetapi masih belum diterima sebagai komponen BN tetap kekal setia dengan BN walaupun ketika BN kalah PRU14 merupakan contoh terbaik untuk diterima sebagai komponen.

Pimpinan Tertinggi BN perlu meneliti semua aspek sebelum menerima kehadiran PBM untuk bersama BN. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan walau BN memang memerlukan parti lain sebagai sokongan menghadapi PRU15.

 

3 Perak reps who joined PBM did not withdraw support for state

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker