Top Glove lantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu

 

Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) mengumumkan pelantikan Lester Garson Huang dan Anthony Lo sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) baharu kumpulan itu, hari ini.

Dalam kenyataan, Top Glove berkata mereka mempunyai pengalaman yang luas sebagai INED dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, yang juga mempunyai standard tadbir urus korporat yang tinggi.

“Huang, seorang peguam cara dan notari, kini merupakan rakan pengurusan dan pengerusi bersama sebuah firma guaman di Hong Kong manakala Lo adalah akauntan bertauliah berdaftar.

“Syarikat berharap kepada sumbangan positif mereka berikutan ia ke arah mencapai matlamatnya untuk menjadi Syarikat Forbes dan Fortune Global 500 menjelang 2030,” katanya.

Menurut pengeluar sarung tangan itu, dalam menggalakkan perbincangan yang objektif dan bebas, syarikat telah mengehadkan tempoh perkhidmatan INED kepada sembilan tahun tanpa lanjutan, sejajar dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker