Lim Kit Siang ‘pilih bulu’ buat serangan

LIM KIT SIANG JADI ‘BISU PEKAK’ ISU GOLDMAN SACHS?

Veteran DAP, Lim Kit Siang boleh dikatakan berjaya dalam serangan beliau terhadap KP SPRM. Kegigihan Kit Siang menulis setiap hari sejak Disember 2021 berbaloi apabila laporan polis telah dibuat terhadap Azam Baki.

Bagaimanapun ada kemusykilan berkaitan serangan terhadap intergriti KP SPRM itu. Mengapa begitu fokus Kit Siang menulis tentang Azam Baki?



 

 

Agak mengelirukan bila Kit Siang tidak langsung berani menulis seberani atau sehebat begini dalam isu Goldman Sachs.



Pada 24 Julai 2020, penyelesaian oleh Goldman Sachs ini merupakan satu pengakuan salah laku oleh dua bekas pegawainya di dalam skim penipuan dan rasuah 1MDB.

Pautan – https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/20375-goldman-sachs-setuju-bayar-rm16-6-bilion-kepada-kerajaan-malaysia

Pautan – https://www.nst.com.my/news/nation/2021/10/740296/macc-confirms-receiving-najibs-report-against-goldman-sachs-ex-senior



LIM KIT SIANG TIDAK BERANI TULIS ISU BERKAITAN PENGLIBATAN ZETI DAN KELUARGA YANG DIAKUI TOMMY THOMAS?

Mana suara atau penulisan hebat Lim Kit Siang berkaitan hal ini? Adakah Kit Siang tidak cukup berani mengulasnya? Ini juga hal berkait dengan rasuah yang didedahkan oleh Goldman Sachs sendiri. 

Mengapa Lim Kit Siang tidak menulis hal berkaitan perkara tersebut sedangkan beliau antara yang lantang bercakap di pentas mengenai isu 1MDB bersama Mahathir.

MANA YANG LEBIH PENTING LIM KIT SIANG?

Mana yang lebih penting kepada Lim Kit Siang? Isu berkait dana 1MDB dan SRC yang melibatkan negara atau isu milikan saham Azam Baki yang lebih bersifat individual?

Mungkinkah ada ‘double standard’ yang diletakkan Kit Siang bagi menulis atau mendesak sesuatu yang ada kepentingan kepada politik dan dirinya?



 

 

Lebih-lebih lagi apabila saksi kes mengakui Lim Guan Eng ada meminta 10% komisen daripada kontraktor projek dan perkara ini disebut dalam Mahkamah.



Sebagai bekas Setiausaha Agung DAP paling lama dalam sejarah politik, sudah pasti Kit Siang mahu memastikan imej jawatan poltik itu terpelihara dari tercemar.

Kebetulan Lim Guan Eng ‘mewarisi’ jawatan tersebut darinya tetapi kini berkemungkinan akan ke Sg Buloh.

Lim Kit Siang tidak mampu menolak persepsi beliau hanya menyerang SPRM bagi melindungi Lim Guan Eng dan bukannya benar-benar telus dalam isu rasuah.

Kit Siang serang Azam untuk alih perhatian?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button