Oh Young-soo cipta sejarah Golden Globe

 

Oh Young-soo mencipta sejarah sebagai bintang Korea pertama memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Ahad.

Pelakon berusia 79 tahun itu menang untuk wataknya Oh Il-nam atau lebih dikenali sebagai Player 001 dalam siri televisyen terbitan Netflix, Squid Game.

 

Young-soo berjaya menewaskan calon-calon lain seperti Brett Goldstein untuk wataknya dalam siri Ted Lasso, Billy Crudup dan Mark Duplass dalam The Morning Show dan Kieran Culkin dalam Succession.

Anugerah Golden Globe ke-79 diadakan tanpa pengacara, penonton dan sebarang penstriman langsung berikutan boikot industri serta kontroversi mengelilingi Hollywood Foreign Press Association.

Senarai pemenang diumumkan menerusi akaun rasmi media sosial Golden Globes.

awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker