Budak Kecil Dalam Filem Titanic Kini Masih Terima Cek Royalti

Anda ingat filem Titanic yang popular dengan dialog “You jump, I jump,” itu?

Seorang pelakonnya, Reece Thompson, pemuda Amerika Syarikat (AS) yang pernah terkenal dengan watak sebagai ‘budak kecil Ireland’ dalam filem Titanic mendedahkan masih meraih pendapatan hasil lakonannya itu, sejak 25 tahun lalu.

Mirror UK melaporkan, Thompson, 30 tahun, hanya berusia lima tahun ketika dia melakonkan watak penumpang kelas tiga yang meninggal secara tragis bersama ibu dan kakaknya dalam filem ditayangkan pada 1997 itu.



Dalam babak berkenaan, Thompson, ibu dan kakaknya antara ramai penumpang lain yang menunggu pintu pagar utama kelas tiga dibuka, lapor Belfast Live.

Bagaimanapun, keluarga itu tidak pernah sampai ke bot penyelamat dan kemudian dilihat di kabin mereka di mana mereka bertiga mati.

Walaupun peranannya dalam filem itu kecil, namun babak dilakonkan agak sedih kerana menggambarkan betapa ramai penumpang Titanic kelas tiga yang maut dalam tragedi itu.



Kini, Thompson adalah pengarah pemasaran digital di Brian Head Resort, kemudahan ski dan luncur salji di Utah.

Walaupun tidak begitu mengingati pengalaman ketika menjalani penggambaran filem berkenaan, sumbangannya masih dihargai apabila menerima cek royalti setiap tahun.

Kerjaya Thompson sebenarnya bermula sebagai model kanak-kanak apabila menandatangani kontrak dengan ejen bakat selepas memenangi satu pertandingan.

Ejen itu memberi ibunya pilihan untuk Thompson sama ada membintangi iklan stesen minyak atau peluang memainkan watak dalam Titanic.



Walaupun iklan adalah pilihan selamat, ibunya memutuskan untuk mengetengahkannya dengan mengambil tawaran berlakon dalam Titanic.

Ia keputusan tepat apabila menjadi filem pecah panggung.

Kini, dia masih menerima cek royalti filem berkenaan.

“Pelik kerana ia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya lagi.



“Ia bukan seperti, ‘Oh, bila saya akan mendapat cek ‘Titanic’ baharu?’ Apabila ia berlaku, ia seperti, ‘Oh, bagus, (ada) tambahan AS$100 (kira-kira RM418).

“Ada beberapa kali juga berlaku situasi seperti: ‘Oh, wow, itu cek $250 (kira-kira RM1,045).

“Mudah-mudahan, mereka terus mengingati saya kerana itu bermakna lebih banyak wang untuk saya,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button