Bayi ‘Nevermind’ sekali lagi kemuka saman terhadap Nirvana

 

Lelaki yang menghiasi gambar kulit album “Nevermind” daripada kumpulan terkenal Nirvana pada 1991 ketika bayi sekali lagi mengemukakan saman terhadap kugiran tersebut.

Spencer Elden mendakwa gambar yang digunakan oleh Nirvana semasa dirinya seorang bayi menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.

Sebelum ini seorang hakim mahkamah Amerika Syarikat telah menggugurkan kes terhadap Nirvana yang difailkan Elden.

Dalam saman terbaharu Elden yang difailkan di Los Angeles pada Rabu, dia mempertahankan tuntutannya atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan bogel.

Katanya, gambar itu menyamai pornografi kanak-kanak yang membolehkan kumpulan tersebut mengaut keuntungan sebanyak puluhan juta dolar.



Untuk itu, dia menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM630,000) daripada setiap 10 defendan yang turut melibatkan anggota kugiran yang masih hidup Dave Grohl dan Krist Novoselic, bekas isteri Kurt Cobain, Courtney Love dan jurugambar Kirk Weddle.

Album “Nevermind” memaparkan lagu paling popular Nirvana “Smells Like Teen Spirit” yang hasil jualannya melebihi AS$30 di seluruh dunia.

Grohl kini mengetuai kumpulan Foo Fighters manakala Cobain meninggal dunia pada 1994.

awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker