JKMR nasihat KP SPRM bercuti

 

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menasihatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bercuti ketika kes beliau disiasat pihak berkuasa.

Pengerusinya, Tan Sri Rais Yatim, berkata siasatan terhadap Azam ialah kes salah laku dan tidak menyempurnakan tugas, bukannya kes jenayah.

 



Beliau berkata, mengikut amalan mereka yang disiasat atas kes salah laku akan digantung kerja.

“Namun, dalam hal ini ia bukan perbuatan jenayah. Hanya salah laku dan tidak menyempurnakan tugas dengan baik.

“Maka beliau (Azam) perlu mengambil cuti rehat sebentar (sementara) jawatankuasa (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menjalankan tugas mereka,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

BHOnline

Leave a Reply