Khairuddin digugurkan daripada AJK Pas – Abdul Hadi

 

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bagi sesi 2021-2023.

Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini.

 

 

Menurut Abdul Hadi keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca sebenar pemecatan itu.

“Mestilah ada alasan-alasan, yang dipegang pada parti adalah alasan.

Dalam parti ada disiplin, siapa yang tidak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh ditukar jawatan. Dia bertugas lain dan boleh digantung keahlian dan boleh dipecat,” katanya.

 



Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, pada Jumaat.

Jelasnya lagi situasi itu adalah perkara biasa di dalam parti berkenaan.

Pada 23 November lalu, Mohd Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker