Mampukah Muhyiddin pertahan DUN Gambir?

 

Selepas PRN Melaka, kini Johor pula dikatakan bakal berdepan Pilihanraya Negeri-PRN dalam waktu terdekat. Antara kerusi panas yang bakal jadi perhatian ialah N09 Gambir.

Penyandang kerusi tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangkakan akan berdepan masalah mempertahankan kedudukan beliau di kerusi tersebut.

 

 

Pada PRU14, Muhyiddin menggunakan lambang PKR dan tercatit kemenangan tersebut merupakan kemenangan PKR dan bukannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM.

Dengan majoriti 3088, agak sukar bagi Muhyiddin mendapat semula kepercayaan pengundi berikutan kegagalan beliau menerajui negara selepas dilantik menjadi Perdana Menteri selepas kejatuhan Pakatan Harapan.

Muhyiddin yang juga merupakan Presiden PPBM telah keluar daripada gabungan PH selepas ‘Sheraton Move’.

Dalam PRU14, pertandingan 3 penjuru memberi kelebihan kepada Muhyiddin kerana momentum kepercayaan pengundi terhadap Mahathir amat tinggi. 

Dipercayai jika PRN Johor diadakan dalam waktu terdekat, 80% pengundi Johor akan kembali kepada Barisan Nasional berdasarkan ‘track record’ dalam menjaga kebajikan rakyat sudah mula dinilaikan semula.

Muhyiddin yang turut digelarkan sebagai ‘Bapa PKP’ oleh netizen, turut terkesan dengan keputusan PRN Melaka tempohari.

 

 

Keceluparan beliau yang mahu ‘menekan butang’ ketika kempen PRN Melaka memakan diri apabila tidak berani berbuat demikian selepas dicabar netizen.

Selaku Presiden PPBM pula, ternyata Muhyiddin tidak mempunyai pasukan yang mantap sebagai benteng pertahanan Perikatan Nasional.

 

 

Penubuhan Parti Bangsa Malaysia pula sedikit sebanyak memberi gambaran sudah ada parti alternatif oleh pemimpin tertentu dalam PPBM itu sendiri untuk melompat kluar dari parti sekiranya imej PPBM terus merudum.

Sudah ada terdengar PBM memohon untuk menyertai Perikatan Nasional sebagai komponen dan ini menguatkan lagi desas desus kejatuhan PPBM.

Tidak mustahil PRN Johor jadi titik tolak pengakhiran PPBM dan terkuburnya Perikatan Nasional dari arus politik negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker