Nenek Ini Usia Sudah 106 Tahun, Petuanya Ialah Makan Big Mac

Apa reaksi anda jika diberitahu ada seorang nenek di Amerika Syarikat (AS) hidup lebih 106 tahun dan satu daripada rahsianya ialah dengan memakan burger dari McDonald’s setiap minggu.

Cerita ini berlaku di Pennsylvania apabila seorang wanita pada tahun ini baru sahaja menyambut hari kelahiran yang ke-106 tahun yang bernama Dorothy Nedd.

Satu daripada petuanya ialah makan burger Big Mac setiap minggu.

Menurut cucunya, Zulema yang tinggal bersamanya, dia akan neneknya selepas ke gereja akan ke McDonald’s untuk membeli menu burger itu.



Dikurniakan 9 cicit dan seorang piut, Dorothy sangat menghargai keberadaan keluarganya di sisi. Namun, dia tidak dapat berjumpa dengan keluarganya selalu sejak beberapa tahun ini.

“Keluarga kami selalunya akan berkumpul pada setiap Jumaat, namun selepas berlakunya pandemik, sukar untuk kami berjumpa dan hanya berhubung melalui FaceTime sahaja.” kata cucunya itu.

Ahli keluarganya yang lain amat merinduinya namun mereka tidak mahu mengambil risiko berjumpa memandangkan pandemik ini masih belum reda dan boleh menjejaskan kesihatannya.

Impian Dorothy bagi hari lahirnya kali ini, hanyalah untuk ada lebih banyak kenangan manis sepanjang hidupnya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker