Resepi sambal bilis rangup simple

 

3-4 genggam ikan bilis yang dah siap kopek dan goreng betul2 garing dan perang bukan hangus tau 🤪(toskan)
1 pcs asam keping
2 sudu besar gula(membukit)
1 sudu teh rata garam(kurang baru tambah..ikan bilis dah masin)
1 sudu teh bahan perasa
1 cawan air

Bahan kisar

25 tangkai cili kering(x suka pedas letak 20 tangkai ja)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3/4 cawan minyak masak
sejemput ikan bilis lebih kurang 2-3 sudu besar(kisar sekali tau)
(kisar semua bahan ini hingga halus)

Caranya

Masukkan bahan kisar ke dalam kuali(jangan letak minyak dah tau sebab kita dah kisar bahan bersama minyak)..
Masukkan pula gula,garam,bahan perasa dan asam keping..
Tumis hingga sambal betul2 garing dan berubah warna..
Masukkan air ..bila dah mendidih ganas dan kuah pekat.. sesuaikan rasa dan terus tutup api ..biarkan dalam 5 minit..masukkan ikan bilis kacau sekejap jer..terus angkat sambal dan letak dalam bekas..siap..
(boleh ceduk buang lebihan minyak)

resepi – Kongsi Resepi Bonda

Leave a Reply