AMANAH dijangka tewas 6 kerusi Dun Johor

 

Parti AMANAH Malaysia-AMANAH hanya mempunyai 6 kerusi didalam Dun Johor selepas 3 wakil rakyat AMANAH berpindah masuk ke PKR.

  • N 4    Kemelah – Sulaiman Mohd Nor
  • N 13  Simpang Jeram – Salahuddin Ayub
  • N 15  Maharani – Nor Hayati Bachok
  • N 21  Parit Yaani – Aminolhuda Hassan
  • N 49  Kota Iskandar – Sr Dzulkefly Ahmad
  • N 54  Pulai Sebatang – Muhammad Taqiuddin Cheman

Dengan hanya 6 kerusi Dun Johor, AMANAH dijangkakan akan tewas teruk sekiranya berlaku Pilihanraya Negeri – PRN Johor dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengancam mahu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri berikutan desas desus akan berlaku PRN Johor.

Beliau yang juga Adun Simpang Jeram menampakkan kerisauan tewas dengan kenyataannya. Polemik menarik sokongan yang dibuatnya hanyalah retorik bagi menunjukkan kononya Pakatan Harapan masih kuat.



 

 

Apa yang AMANAH mampu lakukan dengan hanya 6 kerusi Dun? Pada awalnya mereka-AMANAH, menang 9 kerusi namun wakil mereka telah melompat ke PKR.

Ini contoh yang menunjukkan AMANAH bukanlah sebuah parti yang kuat dalam Pakatan Harapan itu sendiri.

AMANAH TIDAK BERANI TARIK SOKONGAN, HANYA BERKOKOK SEPERTI AYAM

Jadi bagaimana Timbalan Presiden AMANAH begitu lantang mengeluarkan amaran menarik sokongan?

Beranikah beliau berbuat demikian jika AMANAH yakin mereka benar-benar diterima pengundi Johor?



Sebagai komponen Pakatan Harapan, AMANAH sebenarnya perlu ada kekuatan sendiri dan tidak hanya menumpang populariti komponen lain dalam PH.

Sebagaimana umum memgetahui kewujudan AMANAH adalah menifestasi kekecewaan ahli PAS yang tidak sehaluan dengan pimpinan mereka.

 

 

Bagi menarik sokongan pengundi PAS, AMANAH diberikan peranan bagi meraih simpati mereka untuk membongkar kebejatan PAS.

Semasa menghadapi PRU14, mungkin mereka mampu menarik simpati ramai pengundi PAS dan atas pagar namun keadaan politik negara semakin berubah.

Sekutu yang dahulu bersama mereka dalam PH kini menjadi musuh, manakala parti baru yang ditubuhkan terus menjadi saingan kepada AMANAH. 

Ini boleh merubah landskap politik AMANAH dari diterima kepada ditolak terus pengundi. Jadi apa sebenarnya matlamat AMANAH di Dun Johor?

Sekadar pelengkap atau ‘nasi tambah’ dalam PH untuk menampakkan kepelbagaian parti?

Ternayata AMANAH bukanlah pilihan pengundi Johor dalam PRN mahupun PRU akan datang.

Salahuddin Ayub sudah boleh memikirkan karier politiknya samada menyertai PBM atau terus kekal dengan AMANAH sekaligus bersedia untuk bersara dari dunia politik.

Mampukah Muhyiddin pertahan DUN Gambir?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker