COVID-19: 12 lagi kematian direkod, tiada BID

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,793 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.



Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,199 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,784 individu atau 82 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,080 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).



Sebanyak 3,153 kes dirawat di hospital dan 182 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 83 lagi memerlukan mesin ventilator.

awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button