RFID sejauh mana berkesan ganti TnG & SmartTag?

Oleh – Megat Hisemudin Megat Kasim

 

Tindakan PLUS memulakan penggunaan RFID sebagai sistem alternatif kepada kad Touch n Go dan Smart Tag bermula 15hb Jan 2022 disambut berbelah-bagi oleh pengguna lebuhraya.

Hari ini, tidak juga SEMUA pintu masuk dan keluar tol plaza telah menyediakan sekurang-kurangnya satu laluan RFID.

Walaupun penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag masih boleh digunakan dan beransur-ansur dimansuhkan (sehingga bila?) akhirnya.

Apakah implikasinya?

Kita tidak menolak pembangunan dan penggunaan sistem yg lbh canggih. Namun ia harus diselaraskan dengan banyak konsesi lebuhraya yg lain.

Jika seorang telah menggunakan RFID di lebuhraya PLUS tetapi dia masih perlu memiliki kad Touch n Go utk lain-lain konsesi lebuhraya.

Di Lembah Klang saja begitu bnyk konsesi lebuhraya “ring road” dan bertingkat seperti KESAS, DUKE, LDP dan lain-lain.

Begitu juga sistem parking yg telah mengapklikasikan Touch n Go sebagai kaedah pembayarannya.

Isian RFID buat masa ini blh dipindahkan dana dari akaun bank kita ke e-wallet Touch n Go yg seterusnya membuat autodebit dari akaun e-wallet.

 

 

Dikatakan juga PLUS sedang menguji akaun kad debit dan kad kredit ke-wallet Touch n Go utk RFID.

Bagaimana mereka yg tidak punyai akaun bank untuk memindahkan dana ke e-wallet Touch n Go RFID?

Adakah dibenarkan pihak ketiga apabila diberi tunai dan boleh memindahkan dana itu ke e-wallet yakni sama seperti kita membuat top-up Touch n Go di kedai-kedai.

RFID blh dijadikan alternatif sahaja dan bukan penyelesaian kesesakan di tol plaza buat masa ini. Mungkin ia dapat mengurangkan saja.

Oleh itu tiada keperluan untuk memansuhkan penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag dlm masa terdekat atau satu masa yg munasabah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker