Sebabkan kemalangan maut 2007, pemandu bas akhirnya ditangkap
Seorang pemandu bas yang melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan beberapa penumpang cedera dan mati pada 2007 akhirnya ditahan pihak berkuasa semalam.
Pemandu bas berusia 52 tahun itu ditahan di sini bagi kesalahan yang dilakukannya sejak 15 tahun lalu.
Kemalangan itu berlaku ketika suspek memandu bas antara Bangkok dan Mahasarakham apabila ia menempuh sebuah treler bagi mengelak melanggar sebuah lori.
Insiden itu juga menyebabkan beberapa kenderaan lain berlanggar antara satu sama lain, mengakibatkan sejumlah kematian dan kecederaan.
Suspek dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian dan bersembunyi dari pihak berkuasa sehingga ditahan semalam.
Ketika disoal siasat, lelaki itu mengakui semua kesalahannya dan menyesali dengan apa yang berlaku.
Agensi