Bila siasatan kes penglibatan Zeti akan disiapkan?

 

Rakyat masih menanti apa tindakan siasatan pihak berwajib terhadap Zeti dengan pendedahan Tommy Thomas dalam kes 1MDB akan disiapkan?

Bukan sahaja dikejutkan dengan pendedahan Tommy, malah pihak SPRM sendiri telah mengakui penglibatan Zeti serta suami dalam kes tersebut.

Paling menggemparkan apabila Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang seolah melindungi Zeti.

 

– Pada 2019, laporan menyatakan pihak polis mengetahui penglibatan Zeti dan suami dalam skandal 1MDB.



– Pada Disember 2020, Pemuda Umno telah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai penglibatan Zeti dan keluarga dalam skandal 1MDB. 

– Mac 2021, polis menyatakan siasatan masih diteruskan.

– Jun 2021, dilaporkan siasatan terhadap Zeti dan suami sudah hampir diselesaikan.

– Oktober 2021, Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan kertas siasatan terhadap Zeti dan suami telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.



– Disember 2021, Pejabat Peguam Negara masih meneruskan siasatan terhadap laporan kes suami dalam skandal 1MDB.

Rakyat tertanya mengapa begitu lama siasatan dilakukan tanpa sebarang penyelesaian muktamad. Malah, Tun Mahathir-individu paling lantang bercakap isu 1MDB sehingga hari ini tidak berani mengulas mengnai penglibatan Zeti, suami dan seorang bekas menteri kabinet dalam skandal tersebut.

 

 

Bukan setakat Mahathir, Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin dan pimpinan Pakatan Harapan juga tidak berani mengulas pendedahan Tommy Thomas mengenai Zeti dan suami.

Adakah kewujudan isu skandal 1MDB hanya bermotifkan politik dan untuk mengenakan individu tertentu?

Mereka di’wajib’kan ziarah setiap kali Mahathir masuk IJN

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker