Kolej Vokasional ditutup, 76 pelajar positif covid-19

 

Sebuah Kolej Vokasional di negeri ini diarahkan tutup lapan hari selepas 76 pelajar dikesan positif covid-19.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berkuat kuasa 14 Januari hingga Jumaat ini bagi mengawal penularan.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata kes indeks pertama dikesan membabitkan seorang pelajar perempuan sebelum saringan kontak rapat dibuat sehingga kelmarin.

Beliau berkata, saringan itu dilakukan membabitkan 176 individu dan hasilnya 76 didapati positif.

“Daripada jumlah positif itu, 71 adalah pelajar lelaki manakala bakinya membabitkan pelajar perempuan manakala tiga lagi masih menunggu keputusan.

“Penularan kes disyaki berlaku kerana kes yang bergejala masih hadir ke kelas sebelum merebak kepada rakan lain,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan penilaian risiko didapati ada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat berisiko seperti bilik asrama dan ‘gate keeping’.

“Meskipun ia masih dalam siasatan, kita tidak menolak kemungkinan pelajar mendapat jangkitan daripada ketidakpatuhan SOP di kolej.

“Arahan penutupan dibuat serta merta kerana jumlah yang tinggi selain turut diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Tun Telani oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kelmarin,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker