RFID – Rakyat perlu diberikan pilihan

RFID

 

Agak hangat perdebatan rakyat mengenai penggunaan RFID yang akan menggantikan Smart Tag dan Touch N Go bermula Januari 2022.

Pro dan kontra debat mengenai keberkesanan sistem RFID berlegar di media sosial. Pihak PLUS semalam terpaksa menutup ruangan komen di media sosial rasmi mereka berikutan rakyat rata-rata meluahkan kemarahan kepada PLUS.

 

 

Yang menariknya ialah harga pelekat RFID itu sendiri. Kos pelekat RFID pasif biasanya dibawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula perlu dijual pada harga RM35?

Syarikat Touch ‘n Go dimiliki Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

 

 

Carian di salah satu pautan belian atas talian-Online mendapati harga bagi pelekat RFID dijual pada RM3.17 manakala harga yang ditawarkan oleh syarikat Touch N Go adalah RM35 sekeping.

Kemusykilan timbul adakah syarikat tersebut cuba mengaut keuntungan berganda dan mematuhi Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP)2011?

 

 

Rakyat sebenarnya perlu diberikan pilihan samada mahu kekal dengan Smart Tag atau beralih kepada RFID.

Kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan penguatkuasaan RFID dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana sistem RFID sendiri masih perlu dinaik taraf. 

Bukan sahaja sistem tetapi kemudahan serta infrstruktur lebuhraya juga perlu seiring dengan harga tol yang dikenakan terhadap pengguna. 

RFID sejauh mana berkesan ganti TnG & SmartTag?

 

Leave a Reply