Amaran hujan dan ribut petir di Sabah, Sarawak

 

Penduduk di negeri Sarawak dan Sabah diberi amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi.

“Di Sarawak, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

“Manakala di Sabah, cuaca buruk hanya tertumpu di kawasan Sandakan (Telupid dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

– K! ONLINE

Leave a Reply